Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Sukan SEA KL2017- Senarai 27 Pemain Dijadual Ikut Latihan Bola Sepak Akhir Fasa

KUALA LUMPUR _ Seramai 27 pemain bawah 22 tahun dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsan Datuk Ong Kim Swee untuk jalani latihan Fasa Terakhir di Wisma FAM di Kelana Jaya Ahad ini.

Acara bolasepak dijadual bermula pada 14 Ogos depan.

Melalui satu kenyataan media rasmi FAM, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan senarai yang dipanggil adalah sedikit berbeza daripada skuad yang beraksi di Bangkok lalu.

Antara muka baru yang dipanggil Matthew Davies, Nor Azam Abdul Aziz dari Pahang dan Dominic Tan dari JDT.

Lima pemain yang digugurkan sebelum turut dipanggil semula iaitu, Syamil Kutti Abba, S Kumahaaran, Haziq Nazli, Safawi Rasid dan Tommy Mawat.

Tambahnya beliau mempunyai masa seminggu untuk memilih 20 pemain terbaik dan berkualiti untuk beraksi pada sukan Sea di laman sendiri.

Selain itu, beliau berharap 27 pemain ini mengambil peluang untuk merebut posisi mereka bagi beraksi sepak mula bermula 14 ogos ini.

Senarai akhir 20 pemain untuk beraksi pada Sukan SEA 2017 dijangka diumumkan Kim Swee pada 12 Ogos ini.

Skuad B-22 kebangsaan bakal membuka kempen Kumpulan A berdepan Brunei pada 14 Ogos diikuti bertemu Singapura 16 Ogos, Myanmar 21 Ogos dan Laos 23 Ogos.

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam, bermula pukul 8.45 malam.

(Sumber - Dalet Beritartm)