Logo

PKP: Pelajar redha pemergian bapa

LABUAN, 4 Mei - Dapat kembali dan berkumpul bersama keluarga apatah lagi pada Ramadan ini sudah tentu menjadi satu detik indah bagi sesiapa sahaja yang berada pulang dari perantauan.

Namun bagai ‘kaca terhempas ke batu’, kegembiraan itu bertukar pilu bagi salah seorang pelajar yang menuntut di Labuan, setelah diizinkan pulang semasa tempoh PKP.

Nur Ismahanie Suharnor yang kehilangan ayah tercinta antara 33 pelajar yang dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing di Sabah dan antara yang mendapat kebenaran untuk pergerakan awal atas sebab kecemasan dalam tempoh PKP.

Meski tidak sempat menetap muka ayahnya, ketabahan jelas terpancar di raut wajah anak bongsu daripada 3-beradik ini ketika kru RTM datang menyapa.

Jenazah ayahnya selamat dikebumikan di kampung halaman di Tawau, Sabah malam tadi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.