Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Prestasi merudum atlet para negara : Menteri tidak gusar, atlet mampu bangkit kembali

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR - Perkembangan Menjelang Temasya Paralimpik Tokyo 2020. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman optimis dalam tempoh 9 bulan atlet para negara Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mampu membangkitkan prestasi sebenar mereka.

Ketika ini, trio atlet para berkenaan berada dalam pretasi kurang memberangsangkan selepas gagal mempertahankan gelaran juara mereka di Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, UAE.

Syed Saddiq yang mengikuti rapat perkembangan berkenaan tidak gusar kerana sangat mengenali rapat trio berkenaan.

Jaguh Lompat Jauh T20 Abdul Latif Romly dan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli gagal mempertahankan pingat emas apabila meraih perak acara masing-masing.

Manakala pelari pecut 100 meter T36, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menamatkan acara dengan memenangi pingat gangsa.

Syed Saddiq ditemui media pada Majlis Pemeteraian Perjanjian Penajaan RM5 juta oleh FWD Takaful bersama Majlis Sukan Negara, MSN selama 12 bulan di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan.