Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

RTM Saluran Terbaik Siar Sukan SEA - Khairy

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai saluran terbaik dalam menyampaikan liputan temasya KL 2017 kepada rakyat.

RTM bakal menyiarkan liputan secara langsung Sukan SEA ke-29 menerusi TV1 dan TV2, dari 19 hingga 30 Ogos.

RTM akan bersiaran secara langsung setiap hari.

Liputan berkenaan termasuk siaran langsung pembukaan rasmi, diikuti sesi pagi bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari,sesi petang 2 hingga 5 petang, versi bahasa Inggeris 5.30 hingga 7.30 malam dan sesi malam dari 10.30 hingga 12.30 malam.

Sementara itu, radio Nasional FM dilantik sebagai Radio rasmi yang akan menyampaikan liputan menyeluruh sepanjang Sukan SEA berlangsung manakala KL FM,Traxx FM, Minnal FM, Ai FM dan Asyik FM akan turut serta dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini sukan tersebut.

Sukan SEA ke-29 menyaksikan Kuala Lumpur selaku tuan rumah, bakal menerima kunjungan atlet dari 10 negara Asean yang akan bertanding dalam 405 acara daripada 38 jenis sukan.

Temasya KL2017, akan bermula dengan Sukan Sea ke-29 dari 19 hingga 30 Ogos sementara Sukan Para ASEAN akan diadakan dari 17 hinga 23 September.

((RTM))