Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Latif hadiahkan pingat Perak : Misi pertahan pingat emas dihalang Oberoi

  • Published in Sukan

DUBAI - Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai.

Misi mempertahankan pingat emas atlet lompat jauh T20 negara, Abdul Latif Romly, dihalang pencabar dari Belanda.

Latif bagaimanapun berjaya menghadiahkan pingat perak buat kontinjen Malaysia.

Olahragawan Kebangsaan 2016 itu yang menang pingat emas berturut-turut pada edisi 2015 dan 2017, mencatatkan jarak lompatan 7.24 meter pada percubaan keenam dan terakhir.

Namun jarak itu jauh di belakang rekod dunia 7.6meter miliknya pada Sukan Para Asia Jakarta 2018.

Ranki Oberoi dari Belanda menjadi pemegang rekod baharu kejohanan selepas mencatat jarak lompatan 7.39 meter sekali gus memenangi emas manakala Roberto Carlos Chala Espinoza dari Ecuador meraih pingat gangsa dengan lompatan sejauh 6.88 meter.

Pingat ketiga daripada Abdul Latif itu menyaksikan Malaysia mengumpul tiga perak dan satu gangsa