Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Atlet Dinasihat Berhati-hati Ketika Jalani Latihan - Khairy

KUALA LUMPUR - Dua minggu menjelang temasya KL2017, semua atlet negara dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan latihan, dan elakkan kecederaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun akur ada ketikanya kecederaan tidak boleh dielakkan.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam Rancangan Selamat Pagi di TV 1.

Terdahulu, prospek emas angkat berat negara, Hafifi Mansor terpaksa digugurkan daripada senarai akhir skuad kerana kecederaan lutut yang dialaminya.

Turut dilanda kecederaan, atlet badminton remaja Goh Jin Wei.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami Jin Wei tidak seberat Hafifi.

Sejumlah 874 atlet negara akan menggalas cabaran negara dengan jumlah keseluruhan acara yang disertai adalah sebanyak 397 daripada 404 acara yang dipertandingkan.

((RTM))