Logo

Pejabat Cawangan Lembaga Tabung Haji dibuka secara berperingkat


KUALA LUMPUR, 3 Mei - 
Pejabat Cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibuka secara berperingkat bermula esok dengan waktu operasinya pada pukul 10 pagi sehingga 3 petang.

Dalam satu kenyataan, TH memaklumkan, perkhidmatan yang disediakan terhad kepada urusan pembukaan akaun, aktiviti simpanan dan pengeluaran, mengemas kini akaun dan pendaftaran haji.

Manakala, semua urusan pengendalian haji iaitu menerima tawaran tunai haji dan penyerahan pasport ditangguhkan sementara waktu sehingga TH memperoleh keputusan rasmi berkaitan status Musim Haji 1441H/2020 daripada kerajaan Arab Saudi.

TH akan menjalankan proses saringan suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman untuk pendeposit yang hadir berurusan di kaunter cawangan TH.

Pendeposit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik, melalui aplikasi THijari atau melalui perbankan internet yang ditawarkan melalui rakan perbankan strategik TH.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.