Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, Harimau Malaya wajib menang

  • Published in Sukan

SUKAN - Menjelang aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan perlawanan menentang Thailand malam sebagai pertempuran yang perlu dimenangi.

Untuk tujuan itu, skuad kebangsaan akan berjuang habis-habisan bagi memastikan skuad Gajah Perang tunduk.

Tegas ketua jurulatih skuad kebangsaan berusia 51 tahun itu, hanya kemenangan menjadi fokus pasukan.

Justeru, kejayaan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu nanti akan mencerahkan peluang untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Malaysia kini menduduki tempat keempat dengan mengumpul tiga mata dan empat mata di belakang pendahulu Thailand yang berkongsi tujuh mata dengan Vietnam.

Malaysia memulakan kempen dengan melakar kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Jakarta pada September lalu, sebelum tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu di Bukit Jalil dan tumpas 0-1 di tangan Vietnam, di Hanoi bulan lepas.