Logo

Sukan Para ASEAN mungkin dibatalkan

MANILA, 3 Mei - Filipina memberi bayangan besar mungkin membatalkan penganjuran Sukan Para ASEAN (APG) 2020.

Tindakan tersebut sudah dijangka selepas Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) sebelum ini menarik balik peruntukan yang disediakan bagi menganjurkan temasya yang telah tiga kali ditunda sejak tahun lalu.

Keputusan itu bakal mengecewakan atlet Para ASEAN negara yang telah membuat persiapan rapi sejak beberapa tahun lalu.

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menerusi kenyataannya memaklumkan, pihaknya akan mendapatkan maklum balas segera daripada Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) berhubung status penganjuran APG 2020.

Terdahulu Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PPC) Michael Barredo memaklumkan PSC telah mengumumkan menarik balik peruntukan tersebut pada Rabu, berikutan langkah kawalan kewangan akibat penularan COVID-19.

Sehubungan itu PSC turut mengarahkan semua acara sukan pada tahun ini dibatalkan.

Temasya itu sepatutnya berlangsung pada Januari 2020 sebelum ditunda ke bulan Mac dan ditunda lagi ke Oktober ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.