Logo

105 kes baharu, COVID-19 kembali catat tiga digit

PUTRAJAYA, 2 Mei - Kes baharu COVID-19 kembali mencatat angka tiga digit iaitu 105 kes.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 6,176 kes.

Tiada kematian baharu dilapor hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan - Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, statistik terbaharu itu, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitkan COVID-19, sebanyak 1,747 kes.

116 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih seramai 4,326 atau 70 peratus daripada kes keseluruhan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.