Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Dominis Thiem mara ke separuh akhir ' Tennis ATP Finals': Singkir Novak Djokovic

  • Published in Sukan

LONDON - Tennis ATP Finals, London.

Dominis Thiem muncul sebagai pemain pertama dari peringkat kumpulan untuk mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Novak Djokovic.

Perlawanan yang berlangsung di Ow Two Arena itu menyaksikan pertemuan pemain Austria Dominic Thiem dengan juara lima kali Novak Djokovic.

Ramalan awal menjangkakan Djokovic akan mendominasi permainan dengan aksi set pertama, menjadi miliknya dengan kemenangan 7-6.

Begitupun, Thiem bangkit dengan mengawal gelanggang di set berikutnya untuk menang 6-3 menjadikan kedudukan satu sama.

Tidak pandang belakang, pemain berusia 26 tahun itu terus mengekalkan momentum permainannya, biarpun diberi tentangan sengit Djokovic yang mengheret ke aksi tie break.

Akhirnya set penentuan memihak Thiem dengan kemenangan 7-6.