Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Spekulasi Perpindahan Neymar Ke Paris Saint-Germain Belum Terjawab

PARIS - Bintang bola sepak Brazil, Neymar telah kembali ke Barcelona dari China tetapi mengelak membuat sebarang komen mengenai spekulasi perpindahannya ke Paris Saint-Germain.

Desas-desus penghijrahan Neymar berupaya memecah rekod nilai perpindahan dunia.

Penyerang Barca berusia 25 tahun itu memilih untuk terus berdiam ketika khabar angin berlegar kononnya dia akan menyertai PSG.

Kelab Peranchis itu dilapor telah bersedia membayar 222 juta euro klausa pembelian dalam kontrak pemain itu di Nou Camp.

((AFP))