Logo

PKP masih berkuatkuasa, tindakan diambil kepada yang ingkar

PUTRAJAYA, 2 MEI - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa walaupun PKP Bersyarat (PKPB) mula dilaksana Isnin ini.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, individu yang ingkar PKP tetap akan dikenakan tindakan mengikut Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beliau memaklumkannya dalam sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKP di Putrajaya.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPB mulai 4 Mei.

Ia membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi semula tetapi secara berhati-hati dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.