Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Syahmi Safari teruja dicalonkan Anugerah Pemain Muda Harapan

  • Published in Sukan

PETALING JAYA - Menjelang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019, Jumaat ini.

Pemain pertahanan Selangor, Syahmi Safari, tidak menyangka tersenarai buat pertama kali dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, ABK menerusi kategori Pemain Muda Harapan.

Jelas pemain berusia 21 tahun itu, sudah menjadi impian mana-mana pemain diiktiraf di pentas tertinggi sepertimana ABK dan dia bersyukur aksinya di atas padang bersama Selangor sepanjang musim ini mendapat perhatian banyak pihak.

Namun, Syahmi tidak meletak harapan terlalu tinggi untuk dinobatkan pemenang sambil menyifatkan Akhyar Rashid dan Nik Akif Nik Syahiran punyai peluang yang lebih baik berbandingnya.

Musim lalu, kategori Safawi Rasid memenangi anugerah tersebut selain menyapu dua lagi gelaran iaitu Pemain Paling Bernilai, MVP dan Penyerang Terbaik.

Seorang lagi calon, Akhyar Rashid, tidak terkilan sekiranya gagal mempertahankan gelaran Penyerang Terbaik yang dimenangi tahun lalu sambil menyifatkan berada dalam senarai akhir Pemain Muda Harapan sudah cukup beri satu kepuasan.