Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Jurulatih Thailand tumpu perlawanan bertemu Malaysia : Kemenangan ke atas UAE sebelum ini bukan jaminan

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Meskipun menang 2-1 ke atas Emiriah Arab Bersatu, UAE bulan lalu, pengendali Thailand, Akira Nishino memilih untuk tidak menghiraukan kejayaan yang dicipta dalam peringkat Kumpulan G itu dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan menentang Malaysia, malam esok.

Bekas pengendali pasukan kebangsaan Jepun yang berjaya mara ke Piala Dunia 2018 tahun lalu menegaskan, kemenangan itu sudah menjadi sejarah, begitu juga dengan kekalahan pasukan Malaysia 1-2 kepada UAE, September lalu.

Ketika ditanya soalan beliau menggunakan taktikal pasukan bola sepak Jepun ke dalam pasukan Thailand, Akira menegaskan tidak semua disiplin dapat diaplikasikan memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai gaya dan falsafah permainan yang berbeza.

Sejak dilantik Julai lalu, Akira Nishino telah membimbing pasukan Thailand dalam empat perlawanan dengan rekod dua kemenangan dan dua seri.