Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Piala Malaysia 2017 - Pahang 6 PKNP FC 0, T-Team 1 N. Sembilan 1 Dan Felda Utd 3 PKNS FC 2

KUALA LUMPUR - Pasukan Skuad Tok Gajah kembali menghidupkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia apabila membelasah pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC 6-0 di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Ia adalah kemenangan pertama Pahang dalam saingan piala berprestij itu selepas sekadar mengutip tiga mata daripada empat perlawanan.

Persaingan Kumpulan A, antara T-Team menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu dan, tuan rumah berjaya memperolehi kemenangan pertama 4-1,selepas mengharungi lima aksi perlawanan peringkat kumpulan.

Pasukan FELDA United menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila bangkit dua kali selepas ketinggalan kepada PKNS FC sebelum mencatatkan kemenangan 3-2 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, malam tadi.

Skuad PKNS FC kendalian Sven Gartung terlebih dahulu memperoleh jaringan hasil rembatan Bobby Gonzales pada minit ke-31 separuh masa pertama.

Jaringan tunggal Liridon Krasniqi menewaskan UiTM FC sudah memadai untuk Kedah melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia. Bermain digelanggang sendiri, seawal babak pertama Kedah banyak mengasak ke kubu lawan.

Pasukan Johor Darul Takzim, JDT mengesahkan tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas berjaya memungut 3 mata pada aksi kelima kumpulan D menentang Terengganu, semalam.

Beraksi di gelanggang sendiri, skuad Harimau Selatan menang bergaya membaham skuad Sang Penyu dengan mencatat keputusan 5-0.

(Sumber - Dalet Beritartm)