Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

PPIM Kelantan terima 300 aduan kenaikan harga barang

  • Published in Berita Semasa

KOTA BHARU, 2 Mei - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan menerima 300 aduan harga barangan yang dijual pada harga lebih tinggi sepanjang tempoh PKP.

Yang Dipertua PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, kebanyakan aduan diterima di Kota Bharu selain melibatkan kedai-kedai runcit yang dimonopoli peniaga warga asing khususnya Pakistan dan Acheh.

Harga barangan dikatakan meningkat 20 hingga 30% semasa pelaksanaan PKP.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada pengamal media di Kota Bharu.

Sebanyak 60 pek bungkusan tersebut sumbangan Yayasan Che Mas.