Logo

18 aset laut dan udara kawal perairan utara Selat Melaka

LANGKAWI, 2 Mei - Sebanyak 18 aset melibatkan laut dan udara di gerak sepanjang tempoh PKP bagi memantau dan mengawal perairan utara Selat Melaka.

Aset berkenaan melibatkan semua agensi penguatkuasaan iaitu Maritim Malaysia, TLDM, TUDM dan Pasukan Polis Marin.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Zulinda Ramly, penguatkuasaan bagi zon maritim itu bagi menyekat perlakuan aktiviti jenayah rentas sempadan yang merangkumi penyeludupan manusia, barangan terlarang, rompakan dan pencerobohan.

Beliau berkata penguatkuasaan di perairan Langkawi juga terus dipertingkatkan bagi mengelak penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Jalan Bukit Malut Langkawi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.