Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Tan Cheng Hoe : Harimau Malaya tampil pembaharuan esok

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Menjelang Bola Sepak aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Mengakui Thailand sebagai pasukan yang sukar ditandingi malah lebih baik pada tahun ini berbanding ketika bertemu pada AFF Suzuki 2018.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bagaimanapun, optimis dengan pembaharuan yang bakal ditampilkan pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beraksi di laman sendiri, Cheng Hoe berkata konsep pada perlawanan malam esok adalah untuk memperbaiki semua bahagian, berbanding hanya memberi fokus kepada bahagian tengah pada perlawanan persahabatan menentang Tajikistan, Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan pemain Thailand iaitu Chanathip Songkrasin merupakan pemain yang berbahaya dan perlu diberi tumpuan oleh skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tidak mahu tumpuan hanya diberikan kepada satu-satu pemain lawan sebaliknya anak-anak buah beliau perlu bersatu hati membentuk satu perlawanan yang membanggakan pada malam esok.