Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

FAM keluarkan garis panduan pelarasan gaji

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 2 Mei - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Garis Panduan Pelarasan Gaji.

Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam berkata, garis panduan itu berkaitan penetapan kadar pemotongan gaji pemain dan pegawai pasukan, serta kelab yang masih gagal mencapai persetujuan bersama selepas tamat tarikh akhir yang ditetapkan pada 22 April lalu.

Jelas beliau, FAM mahu membantu kestabilan kewangan pasukan atau kelab yang bertanding namun terjejas sepanjang tempoh penangguhan Liga Malaysia 2020.

Sehubungan itu, selaku badan induk bola sepak negara, FAM perlu mengambil tindakan pantas bagi memastikan kestabilan industri bola sepak dilindungi ketika negara berdepan pendemik COVID-19.

Tambah beliau, langkah ini dibuat selari dengan garis panduan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) supaya ahli-ahli gabungannnya termasuk FAM membantu pasukan menyelesaikan kemelut dialami.