Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Aug 23, 2017

RusAF Masih Digantung - IAAF

LONDON - Tempoh penggantungan Persekutuan Olahraga Rusia (RusAF) dilanjutkan, walaupun prestasinya semakin meningkat.

Ini kerana, ia masih tidak memenuhi semua kriteria yang boleh 'membersihkan namanya' daripada isu berkaitan doping.

Menurut Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), laporan yang diterima daripada pasukan petugas yang meneliti isu doping itu mengesyorkan agar tempoh penggantungan RusAF, dilanjutkan.

RusAF digantung pada November 2015.

Berikutan itu, semua atlet Rusia dihalang menyertai mana-mana acara sukan, termasuk Olimpik di Rio.

Bagaimanapun, beberapa atlet lain dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa mulai Jumaat ini.


((DPA))