Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

LA Setuju Jadi Hos Olimpik 2028, Paris Pula Ditetapkan Untuk Tahun 2024

LAUSANNE - Los Angeles secara rasmi mengumumkan hasranyat untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2028 selepas bersetuju dan bersepakatan dengan pegawai Sukan Olimpik dan ini membuka jalan untuk Paris menjadi hos Sukan Olimpik pada tahun 2024.

"Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Los Angeles dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan niat bandar Los Angeles untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik tahun 2028 dan persetujuannya dengan Perjanjian Bandar Hos 2028," menurut kenyataan pembida bandar jawatankuasa LA  yang mengesahkan komen awal daripada pegawai bandar raya.

Kesepakatan itu, yang disambut sebagai "menang-menang" untuk Los Angeles, Paris dan IOC, akan melihat Olimpik Musim Panas ke Los Angeles buat kali ketiga, selepas bandar itu mengadakan Sukan pada tahun 1984 dan 1932.

 

Paris akan hos Sukan Olimpik pada tahun 2024, pada ulang tahun ke-100 Olimpik 1924 di bandar itu.