Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

200 Peserta Berentap Dalam Kejohanan Woodball Terbuka Antabangsa Malaysia 2017

KUALA TERENGGANU - Dua ratus peserta dari sembilan buah negara berentap dalam Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia kali ke-20 yang membuka tirai perlawanan semalam.

Sebanyak sembilan acara dipertandingkan dalam kejohanan selama empat hari yang berlansung di Taman Awam Batu Burok, di sini dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 26,050.

Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia negeri,Datuk Rozi Mamat berkata kejohanan yang julung kali diadakan di negeri ini mampu menarik perhatian orang ramai bagi mengenali sukan itu secara lebih dekat.

Katanya selain itu ianya juga memberi pendedahan kepada atlet tempatan untuk menimba pengalaman bersama atlet dari negara lain seperti Taiwan, Nepal, Pakistan dan Uganda.

Menurutnya penganjuran sukan bertaraf antabangsa ini juga dapat meningkatkan industri pelancongan negeri bersempena dengan kempen Visit Beatifiul Terengganu 2017.

Katanya walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk meraih kejuaraan dalam kejohanan ini namun secara tidak langsung para atlet dapat memantapkan lagi kemahiran mereka menerusi persaingan dari negara yang lain.

Sembilan orang atlet Terengganu berada dalam carta kebangsaan turut menyertai kejohanan ini yang juga akan menentukan mata dan kedudukan untuk layak ke Piala Dunia.

((BERNAMA))