Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Larian Obor Sukan SEA 2017 Mula Jelajah Selangor

SHAH ALAM - Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 hari ini memulakan siri jelajahnya di Selangor.

Larian bermula di Dataran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan disertai kira-kira 100 peserta.

Pengerusi Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri Amirudin Shari menyerahkan obor itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya sebelum diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Langat Rosli Othman.

Datuk Amirudin berkata Kuala Langat merupakan daerah pertama larian obor KL2017.

Beliau berkata kepada pemberita di sini.

Larian tersebut juga akan merentasi daerah lain seperti Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang hingga 5 Ogos ini.

((BERNAMA))