Logo

Negeri Sembilan saran NGO dan swasta salur salur bantuan kepada gelandangan

SEREMBAN, 30 April - Kerajaan Negeri Sembilan menyarankan badan bukan kerajaan, NGO atau pihak swasta yang ingin membantu golongan gelandangan untuk tampil memberi sumbangan, terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bantuan boleh disalurkan kepada Pusat Perlindungan Sementara Gelandangan di Dewan Orang Ramai, Taman Tasik Jaya, Seremban.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Nicole Tan Lee Koon, menyatakan sumbangan secara tidak langsung tidak meminggirkan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.

Setakat ini, 25 gelandangan ditempatkan di pusat berkenaan yang merupakan penempatan sementara bagi golongan gelandangan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.