Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Liga Perdana Inggeris : Manchester City tergamam ditewaskan Liverpool 3 -1

  • Published in Sukan

LUAR NEGARA - Bolasepak liga Perdana Inggeris 2019/2020.

Juara bertahan, Manchester City tergamam ditewaskan Liverpool 1-3 awal pagi tadi.

Jaringan Fabinho, Mohamad Salah dan Sadio Mane menceriakan ribuan penyokong The Red di laman sendiri.

Pertemuan pendahulu dan juara bertahan, Liverpool menentang Manchester City, menjadi tumpuan peminat liga perdana Inggeris.

Perang mulut di antara kedua pengendali, Jurgen Klopp dan Pep Guardiola bermula dengan jaringan awal dan kontroversi Fabinho pada minit ke-6.

Perlawanan terus rancak namun The Citizen masih gagal mencari gol penyamaan sebaliknya, dikejutkan dengan gol kedua Liverpool jaringan penyerang berbisa, Mohamad Salah minit ke-13.

Dua jaringan ini kekal hingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, skuad Klopp terus selesa menghalang segala percubaan pemain The Citizen.

Sadio Mane menambah derita pertahanan The Citizen menjaringkan gol ketiga minit ke-51.

Manchester City berjaya mencuri satu gol hasil jaringan Benardo Silva pada minit ke-78 tetapi tidak berupaya untuk mengejar kedudukan dan jaringan Liverpool.

Akhirnya kedudukan 3-1 ini kekal hingga tamat perlawanan untuk kemenangan bermakna buat Liverpool mencuri tiga mata.

The Red kukuh di persada dengan 34 mata dan Manchester City di tangga keempat dengan 25 mata.