Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Badminton Remaja Dunia - Pemain Malaysia, Leong Jun Hao Juara

JAKARTA - Pemain remaja kebangsaan, Leong Jun Hao, muncul juara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta, semalam.

Beliau mengakhiri penantian negara selama empat tahun selepas kali terakhir dimenangi oleh Soo Teck Zhi pada edisi 2013 di Kota Kinabalu, Sabah.

Jun Hao, 18, bekerja keras selama satu jam dan 14 minit untuk menewaskan pemain China, Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17 di Jaya Raya Sports Hall Traning Center.

Jun Hao selaku pilihan keenam mara ke final selepas menumpaskan pemain Thailand, Kunvalut Vitidsam 19-21, 21-14, 23-21 pada aksi separuh akhir.

(Sumber - Dalet Beritartm)

.