Logo

KPPK tingkat usaha penerokaan pasaran baharu produk sawit

 


KUALA LUMPUR, 30 April - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) komited meningkatkan usaha penerokaan pasaran baharu produk sawit menerusi pelbagai strategi yang bersesuaian dengan negara sasaran.

KPPK telah mengenalpasti pasaran baharu yang berpotensi dibangunkan melalui pelaburan langsung atau pelaburan secara usahasama.

Antaranya beberapa negara dari rantau Asia Pasifik, Timur Tengah, negara rantau Afrika serta dari Asia Tengah.

Anggaran pasaran bagi rantau tersebut disasarkan sebanyak 2 juta tan setahun.

Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar sawit dunia selepas Indonesiadengan pasaran minyak sawit di lebih 160 buah negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.