Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Sharapova, Azarenka Dapat Tiket Wildcard WTA Cincinnati

LOS ANGELES - Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Maria Sharapova diberi 'wildcard' pada kejohanan WTA Cincinnati, perlawanan pemanas badan menjelang saingan Terbuka Amerika Syarikat.

Juara Grand Slam lima kali itu masih bergelut untuk membina semula kariernya, selepas 15 bulan digantung kerana gagal dalam ujian dadah.

Turut menerima 'wildcard' pada kejohanan yang bakal berlangsung dari 12 hingga 20-Ogos itu ialah Victoria Azarenka.


((AFP))