Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:32 AM UTC, Aug 23, 2017

Sukan SEA : Bomba Tubuh Pasukan Khas

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan pasukan khas sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku musibah seperti kebakaran dan ancaman keganasan semasa Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata pasukan itu merangkumi 680 anggota dan pegawai.

Pelbagai kepakaran dari pasukan Bomba seperti Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT), Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Unit Skuba dan Unit Udara.

Sebanyak 91 jentera bomba akan ditempatkan di lokasi strategik bagi mencapai masa respons yang terbaik sekiranya sesuatu insiden dan kecemasan berlaku.

Beliau ditemui selepas merasmikan seminar kesiapsiagaan pasukan respons kecemasan hotel-hotel.

 

Sumber : BERNAMA