Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Semangat Juang Tinggi Tempatkan Terengganu Di Tangga Terbaik

KUALA TERENGGANU - Semangat juang yang tinggi pasukan bola sepak Terengganu (Terengganu FA) dilihat menjadi faktor skuad itu berjaya berada pada tangga terbaik dalam saingan Liga Perdana selepas seri dua sama menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Pengendali pasukan Skuad Penyu, Irfan Bakti Salim berkata meskipun anak buahnya ketinggalan dua gol pada babak pertama permainan ia tidak melunturkan semangat mereka dan bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan.

Ini sekali gus meletakkan pasukan Terengganu menghuni tangga kedua liga manakala pelawat hanya satu tangga di belakang.

 

Untuk rekod Terengganu kini menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 38 mata berkongsi mata yang sama dengan Kuala Lumpur.

 

Sumber : BERNAMA