Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Skuad Sepak Takraw Mampu Sumbang Dua Pingat Emas - Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - Skuad sepak takraw negara mampu menyumbang dua pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2017 bulan depan.

Demikian menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sasaran yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan itu adalah realistik sekalipun sukan itu kini didominasi oleh Thailand.

Sebanyak 12 pingat emas ditawarkan dalam acara tersebut.

Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, Skuad takraw Malaysia berjaya meraih emas dalam acara regu. 

 

Sumber : BERNAMA