Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:32 AM UTC, Aug 23, 2017

'Laluan Nostalgia 2001' Jadi Laluan Rasmi Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR - 'Laluan Nostalgia 2001' melibatkan dua negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan yang pernah mengisahkan dominasi skuad lebuh raya Malaysia pada Sukan SEA 2001, disahkan sebagai laluan rasmi pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), bulan depan.

Perlumbaan sejauh 150-kilometer itu, yang bermula di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, akan menjadi lokasi bagi acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, pemilihan laluan rasmi itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Acara Basikal KL2017, minggu lepas. 

 

Sumber : BERNAMA