Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

32 IPT berentap Kejohanan Silat Antarabangsa

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Sebanyak 32 institusi pengajian tinggi (IPT) bakal berentap dalam lima kategori Kejohanan Silat Antarabangsa edisi ke 10 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan menawarkan 43 pingat emas, 49 perak dan 75 gangsa.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kanan Unit Sukan Perancangan Penyelarasan KPM, Dr Pekan Ramli kejohanan bakal melahirkan bakat baharu untuk menjadi pelapis di peringkat kebangsaan.

Selain kejohanan itu, KPM turut menganjurkan kejohanan Silat Seni Asli Terbuka yang dijangka disertai 30 kontinjen .

Turut mengesahkan penyertaan adalah Singapura,Belanda,Indonesia,Thailand dan Yemen.

Kejohanan berlangsung dari 25 hingga 30 November ini di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Johor.