Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Pilih pemimpin terbaik, selesai kemelut MHC secara dalaman

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman enggan mencampuri urusan pemilihan tampuk kepimpinan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Jelas beliau, kemelut yang melanda badan induk itu perlu diselesaikan secara dalaman.

Tambah Syed Saddiq, kemelut tersebut diharap dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau turut menasihati persatuan sukan di negara ini supaya memilih pemimpin terbaik untuk membangunkan landskap sukan negara ke arah yang lebih cemerlang.

Syed Saddiq memaklumkannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Sesi Libat Urus Akta Pertubuhan Belia di Putrajaya.