Friday, December 13, 2019
updated 2:26 PM UTC, Dec 13, 2019

Mesyuarat Agong Tahunan MHC: Datuk Seri Subahan Kamal kekal pertahan kerusi Presiden

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Menjelang Mesyuarat Agong Tahunan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kali ke-66.

Hanya menerima dua pencalonan, Pengerusi Eksekutif Air Asia Datuk Kamarudin Meranun diisytihar tidak layak bertanding walaupun disebut-sebut sebagai calon terbaik bagi merebut kerusi nombor satu badan induk itu.

Ini bermakna, Datuk Seri Subahan Kamal kekal mempertahankan jawatan presiden apabila menang tanpa bertanding untuk pemilihan penggal 2019-2023.

Sehingga tarikh tutup, 2 November 2019 jam 3 petang MHC hanya menerima 15 pencalonan untuk jawatan presiden biarpun jumlah ahli gabungan adalah 16.

Pengerusi jawatankuasa perundangan MHC, Jadadish Chandra mengesahkannya dalam satu sidang media di Bukit Jalil pagi tadi.

Manakala Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mendapat 14 pencalonan bagi bertanding jawatan timbalan presiden, disamping Datuk Sri Megat D. Shariman Zaharudin dan Jadadish Chandra sendiri yang masing-masing mendapat satu pencalonan.

Bagi jawatan timbalan presiden wanita pula, Profesor Datuk Dr Shamala akan mempertahankan kerusinya sambil dicabar Maheshwari Kanniah.

Sebelum ini Datuk Seri Subahan dan Profesor Datuk Dr Shamala menegaskan mereka tidak akan bertanding andai skuad lelaki gagal ke saringan Sukan Olimpik Tokyo 2020.