Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Tiket Malaysia -Tajikistan dijual serendah RM10: Harga tiket Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia tidak berubah

  • Published in Sukan

Menjelang aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, Malaysia bertemu Tajikistan, Sabtu ini.

Bagi menarik lebih ramai penyokong hadir memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menawarkan diskaun lebih 60 peratus.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan memaklumkan, pada harga diskaun, tiket tempat duduk terbuka akan dijual pada harga RM10  termasuk caj pemprosesan bagi pembelian dalam talian dan RM15 untuk pembelian di kaunter stadium, manakala tiket tempat duduk utama dijual pada harga RM15 termasuk caj pemprosesan bagi pembelian dalam talian dan RM20 pembelian di kaunter stadium.

Bagaimanapun, harga tiket kanak-kanak kekal pada harga 7 ringgit sama ada pembelian dalam talian atau di kaunter tanpa sebarang caj pemprosesan.

Penyokong boleh membeli tiket bagi perlawanan persahabatan berkenaan secara dalam talian bermula hari ini  sehingga pukul 11.59 malam pada 8 November manakala pembelian di kaunter stadium adalah pada hari perlawanan,.

Berdasarkan ketetapan sebelum ini, harga tiket bagi Perlawanan Antarabangsa Tier Satu bermula pada harga RM20 hingga RM50

Dalam pada itu, Stuart mengesahkan tiket bagi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 November ini, adalah kekal.