Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

312 Anggota Polis Kawal Perlumbaan Kuda Lasak Sukan SEA

KUALA TERENGGANU - Seramai 312 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit akan ditugaskan untuk mengawal keadaan keselamatan sepanjang acara perlumbaan kuda lasak endurance Sukan SEA 2017 berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, pada 20 Ogos depan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya telah membuat pelbagai persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang berlangsungnya acara sehari tersebut.

 Pegawai dan anggota yang ditugaskan itu juga telah menjalani latihan dari segi fizikal dan mental bagi memperkemaskan kawalan demi memastikan keselamatan atlet, pegawai dan penonton serta kehadiran pelancong dalam dan luar negara, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sukan SEA 2017 akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini dengan TIEP menjadi lokasi acara perlumbaan kuda lasak.

((BERNAMA))