Friday, December 13, 2019
updated 1:38 PM UTC, Dec 13, 2019

PFAM, bentuk barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2019-2021

  • Published in Sukan

Sumber : https://semuanyabola.com

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia, PFAM, membentuk barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2019-2021 dengan Mohd Safee Mohd Sali dipilih sebagai presiden pada Mesyuarat Agung Dua Tahunan kali ke-3.

Menurut laman Facebook PFAM, selaku Presiden baharu Safee mahu semua ahli PFAM, berganding bahu dan memberikan sepenuhnya sokongan kepada program-program yang dianjurkan oleh persatuan supaya maafaatnya dapat dirasai bersama.

Antara muka baharu yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa adalah Shahrul Saad, S.Subramaniam dan Zaquan Adha Abdul Razak manakala exco PFAM sesi 2015-2017, Khairul Fahmi Che Mat kini kembali menyertai ahli jawatankuasa bagi sesi 2019-2021.

Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan Mohd Razman Roslan yang sebelum ini merupakan ahli jawatakuasa bagi sesi 2017-2019 kini dipilih sebagai Timbalan Presiden dan Setiausaha persatuan.

Mohd Farizal Marlias pula dipilih sebagai Bendahari persatuan.