Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Stadium Badminton Kuala Lumpur Dibangun Semula – Datuk Seri Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras bakal dibangunkan semula dan dinaik taraf menjadi stadium komuniti, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata ia akan dibangunkan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka selain memberi laluan kepada projek pembangunan terkini milik syarikat berkenaan iaitu M Vertica yang projek itu juga terletak di Cheras.

katanya kepada pemberita di sini hari ini mengenai projek stadium itu di atas tapak seluas 0.8 hektar yang pembinaannya dijangka bermula dalam suku keempat tahun ini.

Datuk Seri Tengku Adnan berkata syarikat pemaju hartanah itu turut bersetuju untuk menyediakan 100 unit ‘council home’ (rumah sewa awam) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk disewakan kepada kira-kira 500 individu bujang di ibu negara dengan kadar sewa RM50 sebulan.

Projek M Vertica yang merangkumi lima blok bangunan di tapak seluas 4.55 hektar itu menyasar golongan pembeli rumah pertama, kumpulan profesional serta pasangan baharu berkahwin.

((BERNAMA))