Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Penerjun Negara Dapat Pingat Emas Di Kejohanan Akuatik Dunia

BUDAPEST - Malaysia mendapat berita baik dari Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest Hungary.

Penerjun Negara Cheong Jun Hoong cipta sejarah apabila meraih pingat emas acara 10 meter platform wanita.

Jun Hoong menewaskan juara olimpik Rio 2016 Ren Qian dan bekas juara dunia 2013 Si Yajie dengan catatan 397.50.

Manakala seorang lagi penerjun negara Pandalela Rinong yang turut beraksi dalam pusingan akhir acara tersebut di tempat ke 9 dengan catatan masa 322.40.

(Sumber - Dalet Beritartm)