Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Nenek Sertai Larian Obor KL 2017 Di Hulu Terengganu

KUALA BERANG - Meskipun memegang status nenek, ia tidak menjadi penghalang kepada Latifah Abdul Rahman, menyertai hari keempat Larian Obor KL 2017 yang berlangsung di daerah Hulu Terengganu, hari ini.

Latifah, 52, nenek kepada lima cucu menterjemahkan slogan ‘Semarakkan Semangat Bangkit Bersama’ dalam menamatkan larian enam kilometer tersebut di daerah berkenaan.

Beliau berkatanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Obor kepada Pegawai Daerah Kuala Nerus Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Larian obor kali ini disertai lebih 2,000 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

Terdahulu, larian yang dianjurkan sempena Sukan Sea KL 2017 ini bermula pada 14 Mei lalu di Johor dan dibawa merentasi semua negeri di Semenanjung serta dijadualkan berakhir pada 12 Ogos ini di Kuala Lumpur.

((BERNAMA))