Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

PM Ucap Tahniah Kejayaan Khairul Hafiz Pecah Rekod Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94, semalam.


"Tahniah Khairul Hafiz berjaya pecah rekod kebangsaan acara 200m di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dipegang Tan Sri Dr M. Jegathesan selama 49 tahun," ucap beliau menerusi catatan di Twitternya, hari ini.

Pada malam tadi, pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu mencatatkan masa 20.90s pada pusingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memecahkan rekod 20.92s milik Jegathesan yang dicatatkan pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico.

((BERNAMA))