Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Sirikit SportExcel Jadi Platform Gilap Bakat Dalam Golf - Tunku Imran

KUALA LUMPUR - SportExcel akan terus berusaha menarik kanak-kanak sekolah untuk mengambil bahagian dalam sukan golf pada usia muda melalui Sirkit Golf Remaja yang diperkenalkan sejak 2001.

"Sirkit golf SportExcel sentiasa mendapat perhatian ibu bapa yang mahu anak mereka membangunkan bakat dalam sukan golf," kata pengerusinya Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar ketika ditemui pemberita pada majlis “hi-tea” untuk meraikan 11 pemain golf remaja di Kelab Diraja Selangor.

Sebelas pemain tersebut, peserta tetap sirkit SportExcel, berjaya mendapat biasiswa penuh untuk meneruskan penyertaan dalam sukan itu serta mengikuti program ijazah di kolej-kolej di Amerika Syarikat, bermula September.

 

Sumber : BERNAMA