Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Barisan Baharu Jawatankuasa Kejurulatihan MHC Diumum Dalam Masa Dua Minggu - Datuk Seri Subahan

KLANG - Barisan baharu jawatankuasa kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan diumumkan dalam masa dua minggu, kata presidennya Datuk Seri Subahan Kamal.

Subahan, yang akan menyelia jawatankuasa tersebut sebelum keputusan lanjut dibuat, berkata ini berikutan peletakan jawatan pengerusi jawatan itu Datuk Ow Soon Kooi atas sebab-sebab kesihatan.

Subahan berkata beliau juga akan mengkaji untuk menyusun semula jawatankuasa tertentu dalam MHC yang tidak aktif.

Beliau ditemui selepas meninjau persiapan skuad hoki tertutup kebangsaan bagi Sukan SEA di Real Sports Arena.

 

Sumber : BERNAMA