Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Ragbi Piala Dunia 2019 : Pertemuan menarik, New Zealand dan Wales akhirnya memihak All Blacks muncul pasukan ketiga terbaik

  • Published in Sukan

TOKYO - Ragbi Piala Dunia 2019 penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pertemuan menarik, New Zealand dan Wales akhirnya memihak All Blacks muncul pasukan ketiga terbaik bagi edisi kali ini.

New Zealand menundukkan Wales 40 berbalas 17 sekaligus New Zealand mengekalkan rekod pertemuaan tanpa kalah selama 66 tahun di antara kedua dua pasukan.

Di awal saingan New Zealand terlebih dahulu menguasai perlawanan apabila berjaya di depan mendahului 14-0 dengan dua try dan dua conversion.

Bagaimanapun, Wales kembali memperkemaskan gerakan untuk mengutip mata menjadikan kedudukan 10-14 dengan melakukan satu try, satu conversion dan satu tendangan penalti.

Tetapi All Blacks kembali mengganas dengan dua try dan dua conversion menutup babak pertama dengan mendahului 28-10.

Ketinggalan, 18 mata, Wales cuba bangkit mencari mata namun sukar menembusi tembok kental All Blacks.

Sebaliknya All Blacks menambah mata melalui satu try dan satu conversion menjadikan kedudukan 35-10.

Wales nyata tidak mahu mengalah menambah tujuh mata melalui try dan coversion untuk kedudukan 17-35.

Akhirnya, All Blacks menambah lima mata terakhir untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 40-17.