Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Individu seludup dadah dalam bungkusan roti canai diburu

  • Published in Nasional

 

GOMBAK, 15 April - Seorang penghantar makanan terkejut apabila menemui dua plastik lutsinar dadah di celah-celah bungkusan roti canai yang diberikan kepadanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, dadah tersebut ditemui penghantar makanan itu selepas beliau memeriksa kandungan bungkusan yang diterima.

"Pesanan itu diterima daripada seorang lelaki di Tropicana, Petaling Jaya untuk dihantar kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

"Curiga dengan bungkusan yang diterima, penghantar makanan tersebut bertindak membuka dan memeriksa kandungan bungkusan itu sebelum menemui plastik lutsinar mengandungi dadah," jelasnya.

Susulan penemuan tersebut, polis kini sedang giat memburu suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.