Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Isu hubungan kekeluargaan, pekerjaan tekanan biasa dikenal pasti

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 April - Isu berkaitan hubungan kekeluargaan dan pekerjaan adalah antara tekanan paling biasa dikenal pasti dalam kalangan masyarakat semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Psikologi dan Kaunselor, Unit Psikologi Hospital Kuala Lumpur, Ruhana Mahmud berkata, kesannya dilihat lebih serius terhadap individu yang terpaksa berkurung secara berseorangan.

Menurutnya, selepas pengumuman pelanjutan PKP ke tahap tiga, kebanyakan masyarakat meluahkan kekecewaan terutamanya individu yang berjauhan dengan keluarga.

"Maklumat palsu dan spekulasi menerusi media sosial turut mendatangkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

"Keresahan yang dialami masyarakat ketika ini adalah normal sehinggalah perasaan itu menjadi keterlaluan dan mendatangkan kesan buruk kepada emosi seperti serangan Anxiety atau kemurungan," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam temubaul menerusi aplikasi Skype dalam program Selamat Pagi Malasysia pagi tadi.