Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Final Piala Malaysia 2019 - Tiada tonggak utama, Kedah tidak terjejas

  • Published in Sukan

ALOR SETAR - Menjelang final Piala Malaysia.

Ketiadaan pertahanan kental, Renan Alves dan Rizal Ghazali yang digantung satu perlawanan selepas menerima dua kad kuning, tidak menjejaskan perancangan Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak untuk menghadapi JDT.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Singapura itu sudah mempunyai senarai pemain yang bakal mengambil alih tugas mengawal benteng skuad Lang Merah.

Aidil Sharin yang ditemui pada sesi latihan skuad Hijau Kuning di Stadium Darul Aman bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain yang menjadi pilihannya untuk mengisi posisi tersebut.

Pada masa sama, Aidil Sharin mahu pemain mempamerkan aksi bertenaga dan keazaman tinggi untuk mencapai kemenangan pada final tahun ini. 

Ia sekaligus menebus kekecewaan yang dialami pasukan itu pada aksi sama dua tahun lalu yang menyaksikan Kedah tewas kepada JDT di pentas final.