Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 9:06 AM UTC, Oct 19, 2017

Penggantungan Sudan Ditarik Balik - FIFA

JOHANNESBURG - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik penggantungan terhadap Sudan yang dikenakan minggu lepas, ekoran campur tangan kerajaan.

Langkah menarik balik penggantungan itu diambil selepas jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sudan dikembalikan kepada Mutasim Gaafar Sir Elkhatim.

Beliau, sebelum itu dipaksa keluar dari pejabat oleh polis.

Tempatnya, diambil alih oleh pencabarnya yang tidak dipilih, Abdel Rahman Elkatim.

 

((AFP))